86746728_2791080754293196_4595787183368962048_n

Hari ni merasa mee tarik yang nampaknya baru buka di Taiping.. Cafe yang jual masakan cina muslim ni namanya Mr. Noodle, tempat makan dia berada dalam cafe Legend Inn hotel.

Bila cuba search dalam fb baru tahu Chef Malik yang usahakan cawangan baru mee tarik ni di Taiping, Chef Malik memang ada kedai mee tarik di Manjung sebelum ni.. Beliau habiskan 6 tahun duduk China untuk belajar cara buat mee tarik. Di antara yang paling enak dalam mee tarik ni adalah ia perlu buat dengan handmade tanpa sebarang mesin, skill masak ni memang warga China saja yang pakar dalam tarik2 mee.

86817049_2791080420959896_4433667324884549632_nAlhamdulillah hari ni sempat merasa Chili Dry Pan Mee. Bila tengok chili dalam jar ni teringat kawan China yang pandai buat cili kering ni.. Bila tengok menu bukan setakat jual mee tarik saja, nasi, dimsum pau semua ada memang jenuh nak cuba semua 😅

Cuma tempat makannya kat cafe hotel sebelah kaunter tu.. Mula2 ingat restoran ni menyorok kat mana2 sebelah hotel, rupanya memang betul la kalau masuk ke pintu hotel terus pergi ke cafe tu untuk order makan.

Semoga Taiping akan bertambah lagi pilihan masakan cina muslim 👍🏻👍🏻

This slideshow requires JavaScript.

MR. NOODLE, Legend Inn Taiping
Operating hours : 12pm – 11pm

Mr. Noodle

+6014-900 4488

Thank you Brother Ikhwan Ng for allowing us to share this.