[MY] Claypot Chicken Rice

May be an image of food and text

Beberapa hari lepas saya berkenalan dengan saudara Muhammad Muiz Yahya di kedai wakaf Masjid Taiping Kg Jambu.. Beliau tengah mengemas peralatan masakan dan memberitahu saya akan memulakan bisnesnya “Claypot Chicken Rice”

Bro Muiz memeluk Islam pada 18 Disember 2020, baru beberapa bulan yang lepas.. Syukur alhamdulillah. Atas nasihat dan sokongan daripada komuniti cina muslim, bro Muiz diminta teruskan kerjaya sebagai chef masakan tapi semenjak menjadi Muslim sudah tentu beliau mengusahakan masakan tradisional cina dengan kaedah halalan toyyiban.

Saya dah lebih 10 tahun tak makan Claypot Chicken Rice yang masak dengan charcoal (arang).. Selalunya yang ada jual di foodcourt cuma panaskan dengan api gas. Kalau resipi tradisional memang guna api charcoal bagi memanaskan Claypot dengan lebih lama, jadi nasi dan bahan masakan akan terserap aroma dengan lebih sempurna rasanya..

Selain nasi Claypot, bro muiz juga ada jual Sizzling Yee Mee, Claypot Yee Mee dan Claypot Lou Shu Fun (laksa pendek).

Claypot Lou Shu Fun/laksa pendek ni saya lebih suka panggil dia mee tikus šŸ¤£ sebab kalau translate dari bahasa cina ia merujuk kepada bentuk seperti ekor tikus.. Tapi jangan risau ia sekadar laksa pendek saja ye.

Lokasi: Selera Dapur Pantai Timur No. 2 Kedai Wakaf Masjid Taiping (sebelah Legend Inn)

Beroperasi dari pukul 6am – 2pm (Cuti Hari Khamis)

Contact : Bro Muhammad Muiz Yahya 017-539 5655

Jom sokong ramai2 masakan saudara cina muslim

Shared from Brother Ikhwan Ng’s Facebook page.

Note: For advertising purposes, paid partnerships, writing and content creation services, reach us here or leave us a message via our Contact Us page.

[MY] Mr. Noodle

86746728_2791080754293196_4595787183368962048_n

Hari ni merasa mee tarik yang nampaknya baru buka di Taiping.. Cafe yang jual masakan cina muslim ni namanyaĀ Mr. Noodle, tempat makan dia berada dalam cafe Legend Inn hotel.

Bila cuba search dalam fb baru tahu Chef Malik yang usahakan cawangan baru mee tarik ni di Taiping, Chef Malik memang ada kedai mee tarik di Manjung sebelum ni.. Beliau habiskan 6 tahun duduk China untuk belajar cara buat mee tarik. Di antara yang paling enak dalam mee tarik ni adalah ia perlu buat dengan handmade tanpa sebarang mesin, skill masak ni memang warga China saja yang pakar dalam tarik2 mee.Read More »