
Restoran Hijrah Sari – Nasi Ayam Hailam memang sudah tidak asing bagi penduduk negeri Melaka khususnya sekitar Sungai Udang.
Kedainya sentiasa dipenuhi oleh pelanggan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat yang ingin menikmati & merasai nasi ayam Hainanese tradisional yang mana kebiasaan disediakan, dijual dan dinikmati oleh penjaja berbangsa Cina.
Dan kerana biasanya dijual di kedai-kedai Cina, kebanyakan orang Melayu terutama orang Islam tidak mendapat peluang untuk merasainya.
Restoran Hijrah Sari – Nasi Ayam Hailam menyediakan peluang tersebut kepada orang Islam.
Diterajui oleh orang Cina, Restoran Hijrah Sari – Nasi Ayam Hailam adalah restoran Halal yang disahkan, dan selama bertahun-tahun telah menjadi salah satu kegemaran penduduk tempatan menikmati sajiannya.
Menu:
Hailam Chicken Rice
Fried Bean Fried
Teh Teh-O
Syrup Bandung Iced
Location: No. 8 & 10, Jalan Keris Emas,
Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang.
Edited and shared from Rie Homestay Facebook page.