chinesemuslimfood · guestpost · Kedah

[MY] Makanan Cina Abdullah Khor

70627951_2442607009140574_452961939824312320_n.jpg
A must in our food to try bucket list!

Kempen sokong produk Muslim takde hal.. Kami cina muslim pun amat menyambut baik dengannya dan berusaha promote masakan cina yang halal dan authentic rasanya. Cuma terkilan apabila ada segelintir netizen yang cuba hentam “cina”, sehingga jadi isu perkauman yang seolah-olah tiada wujudnya cina yang beragama Islam huhu 😅

Maka bermulalah saya memperkenalkan siri masakan cina dan perniagaan yang diusahakan oleh cina muslim sendiri.

Salah seorang sahabat saya Makanan Cina Abdullah Khor yang pernah menulis status ini pada tahun 2018:

“Ada orang tanya. Awak masuk islam dah berapa lama? Saya jawab dah 27 tahun. Dia kata biar betul..ialah sebab saya lahir dalam islam… Yang masuk islam kedua orang tua saya. 😊

“Ayah saya berbangsa cina telah memeluk islam pada usia 23tahun, sekarang ayah saya berusia 61 tahun.”

“Mak saya juga seorang muallaf yang berbangsa india+cina=rojak, telah mendapat hidayah untuk memeluk agama islam pada usia 20tahun. Kini mak saya sudah berusia 55tahun.”

Jangan hairan jika wujudnya kedai makan yang sekeluarga Cina Muslim! Sudah tentu halal dan boleh makan tanpa rasa was2 ye.. Berminat boleh la singgah di Jitra, Kedah. Insyaallah akan share lg tentang peniaga cina muslim lain pula dalam masa akan datang..:

JOM TUKAR SELERA
Chinese muslim Abdullah Khor di Jitra menyediakan…
> hidangan seisi keluarga
> keunikan rasa masakan cina muslim
> diyakini halal dan bersih
> Kami juga menyediakan tempahan untuk majlis keramaian dll..

Thank you Brother Ikhwan Ng for allowing us to share this.

H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s