[News] Panggilan video ketika makan besar ubati rindu antara tujuh beradik

Panggilan video ketika makan besar ubati rindu antara tujuh beradik

KUALA NERUS: Perbezaan agama dan jarak yang memisahkan ahli keluarga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah penghalang untuk meneruskan tradisi makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Terengganu Datin Norhana Ng Abdullah, 63, berkata acara itu sudah sebati dalam diri beliau dan tidak akan lupakan begitu sahaja namun kali ini, ia terpaksa disambut dengan cara yang berbeza bersama dengan enam adik-beradiknya.

ahun ini, kita hanya bersua muka dan bermesra melalui panggilan video sahaja. Walaupun tidak boleh berjumpa, sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu apabila melihat wajah mereka yang semuanya ceria bersama keluarga.”Paling penting bagi saya adalah hubungan persaudaraan itu tidak terputus walau apa jua dugaan yang datang termasuk PKP yang memisahkan secara fizikal namun tidak menjejaskan kemesraan dan ingatan antara kami semua,” kata beliau ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Pengkalan Maras hari ini.

Norhana, yang sudah 37 tahun memeluk agama Islam, kelihatan begitu gembira berbual melalui panggilan video dengan adik-adiknya termasuk tiga yang berada di London, United Kingdom, seorang di Filipina dan dua lagi di Kajang, Selangor.

Beliau berkata majlis makan besar di kediamannya hari ini juga sangat istimewa kerana dapat berkumpul bersama dengan tiga anaknya iaitu Nur Dini Mohamed Anuar, 25, Muhamad Faiz, 23, dan Noraishah Mohamed Anuar, 27, selain menantu, Muhamad Faris Hadi Zulkiflee, 27, dan cucu yang baru berusia tiga hari, Amelia Arissa Liyanne.

Norhana dan anak-anak perempuannya tampil cantik berpakaian sedondon baju kurung berwarna merah manakala yang lelaki memakai baju T rona sama untuk menceriakan majlis itu.

“Kebiasaannya, kami sekeluarga akan ke rumah dua adik di Kajang untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan melakukan pelbagai aktiviti seperti memasak makanan tradisional kegemaran keluarga secara bergotong-royong.

“Mereka sudah tahu apa larangan Islam yang perlu kami elak untuk makan dan itu bukan masalah besar kerana kami saling memahami dan menghormati antara satu sama lain,” katanya yang sangat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Terengganu.

Meskipun sukar untuk berkumpul bersama dengan ketujuh-tujuh beradik secara serentak kerana faktor lokasi, Norhana berkata beliau tetap gembira kerana dapat bersama dengan dua adiknya di Kajang pada tahun-tahun sebelum ini.

“Paling seronok apabila kami di Kajang berkumpul beramai-ramai untuk buat panggilan video bersama tiga adik yang turut berkumpul di London dan seorang lagi di Filipina.

“Namun siapa sangka tahun ini kami semua terpaksa berhubung melalui kaedah itu. Semua kena duduk bersama keluarga kecil masing-masing sahaja malah tiga beradik yang berada di London juga tidak dapat berkumpul bersama hari ini kerana di sana juga ada perintah sekatan pergerakan,” katanya.

Beliau berkata meskipun sedih, mereka akur serta berharap kekangan untuk berjumpa secara fizikal akan segera tamat dan dapat bertemu semua insan tersayang seperti biasa secepat mungkin.

-Bernama

Shared from Astro Awani – Panggilan video ketika makan besar ubati rindu antara tujuh beradik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.