[News] Dua tahun berturut-turut tidak dapat makan besar [METROTV]

Kota Bharu: “Ini adalah tahun kedua kami sekeluarga tidak dapat meraikan makan besar untuk sambutan Tahun Baru Cina, malah dua anak yang bekerja di Singapura juga tidak dapat pulang,” kata Koh Kim Keok, 48.

Kim Keok berkata, meskipun dua anaknya, Muhammad Adam Haikal Ong, 26, dan Muhammad Danish Ong, 23, sudah memeluk Islam, namun mereka tidak dapat pulang ke kampung seperti kebiasaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, selain Adam dan Danish, dua lagi anaknya iaitu Nur Hidayah Ong, 24, dan Nur Aisyah Ong, 21, yang tinggal bersama dengannya juga memeluk Islam.

“Walaupun kami anak beranak berlainan agama, namun sambutan Tahun Baru Cina tetap disambut, tetapi kemeriahan pada tahun ini tidak sama seperti sebelum ini kerana pandemik Covid-19.

“Tanggungjawab dan hubungan antara ibu dan anak-anak tidak akan terputus sampai bila-bila.

“Selain itu, ia juga tidak menjadi masalah kepada saya kerana masing-masing memahami apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan atau dimakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, hari ini.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Prof Madya Dr Azlina Ahmad dari Cakna Kesihatan Pergigian Pusat Perubatan Sains Pergigian (PPSP) Kubang Kerian yang menyampaikan sumbangan wang tunai dan dua komputer riba bagi kemudahan anak-anak Kim Keok mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) cawangan Kelantan Dr Johari Yap.

Katanya, selepas kematian mendiang suaminya, Ong Ban Awan sejak 11 tahun lalu akibat masalah hati bengkak, dia kini menggalas tugas sebagai ketua keluarga untuk menyara tiga anak yang masih bersekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

“Bagaimanapun, sejak pelaksanaan PKP, saya tidak dapat bekerja kerana kedai makan tempat saya bekerja masih belum dibuka, tetapi anak-anak ada mengirim wang perbelanjaan.

“Malah, keperluan barangan dapur yang dibeli di kedai runcit setiap bulan ditanggung Dr Johari Yap,” katanya yang perlu memperuntukkan RM450 sebulan untuk bayaran sewa rumah.

Shared from Harian Metro – Dua tahun berturut-turut tidak dapat makan besar [METROTV]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.