[News] Kuih bakul halal hasil tangan mualaf

Sallizawaty (tengah) dibantu dua anaknya, Siti Sabella (kanan) dan Siti Rinawaty ketika menyiapkan tempahan kuih bakul di kediaman mereka. - Foto NSTP/Yun Mikail

KOTA KINABALU: Setiap kali musim perayaan Tahun Baharu Cina, sudah pasti kuih bakul atau ‘Nian Gao’ akan menjadi makanan wajib bagi kaum Cina.

Namun, bagi mereka beragama Islam yang menggemari makanan itu sukar mendapatkan kuil bakul halal di pasaran.

Justeru, seorang wanita Cina Muslim di sini, mengambil pendekatan menjual makanan tradisi itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Sallizawaty Abdullah, 59, berkata dia baru saja memulakan perniagaan kuih bakul berkenaan bulan lalu selepas kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari lalu.

Katanya, kebiasaan juadah itu hanya untuk disajikan kepada keluarga ketika tiba musim perayaan.

“Idea memasarkan juadah istimewa ini timbul selepas dicadangkan anak bongsu yang ketika ini turut berniaga kek dan pelbagai jenis biskut selepas kehilangan pekerjaan kerana penularan COVID-19.

“Memang sukar untuk mendapatkan kuih bakul halal di pasaran kerana makanan ini kebanyakannya dihasilkan oleh masyarakat Cina, selain hanya boleh ditemui pada hari perayaan.

“Jadi, ini satu kelebihan buat saya kerana sebagai seorang mualaf dan tahu membuat kuih bakul,” katanya pelanggan boleh membeli Nian Gao yang dijamin halal dan bersih.

Ibu kepada tiga anak perempuan serta lima cucu lelaki itu berkata, pada awalnya dia beranggapan mungkin kuih bakul air tangannya tidak mendapat sambutan, namun sangkaan itu meleset.

“Ini kerana, saya menerima tempahan daripada pelanggan yang mahu merasai sendiri keenakan manisan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Bagaimanapun, Sallizawaty yang juga seorang pesara kerajaan memaklumkan dia belum mampu menghasilkan kuih bakul dalam kuantiti yang banyak kerana proses mengukus mengambil tempoh hingga tujuh ke lapan jam.

“Saya lebih suka mengukus adunan kuih bakul menggunakan periuk ‘slow cooker’, berbanding pengukus manual atau elektrik kerana ia lebih memudahkan proses, selain tekstur kuih itu sendiri menjadi enak.

“Setakat ini, saya cuma memiliki satu saja periuk dan boleh menghasilkan antara empat hingga enam biji kuih bakul setiap hari bergantung kepada masa,” katanya yang sudah menerima tempahan hampir 40 kuih bakul.

Melihat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, khususnya masyarakat Islam, Sallizawaty merancang memperkenalkan lebih banyak makanan tradisi Cina supaya ia boleh dinikmati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Usaha ini bukan saja boleh dijadikan sumber ekonomi keluarga, tetapi secara tidak langsung mampu memperkenalkan adat, budaya serta makanan tradisi Cina kepada masyarakat setempat mahupun luar negara terutama generasi baharu.

Shared from Berita Harian – Kuih bakul halal hasil tangan mualaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.