Antara resipi yang wajib di cuba bila datang Mohammad Chow ialah Ayam Buttermilk Sos. Jom kami kongsikan resipinya.

Bahan Asas
500gm Ayam Dada
1 cawan tepung (Kami pakai campuran tepung ubi kayu & potato starch) Nak pakai tepung jagung pon boleh
1 sudu teh serbuk lada putih

Bahan Pes
3 sudu makan mentega atau marjerin
2 pelepah daun kari
3 tangkai cili padi – ditumbuk
Secubit gula
Susu Cair

Cara2nya

  1. Bersihkan Ayam dan potong dadu.
  2. Campur lada putih dengan tepung dan salut ayam ke dalam tepung tersebut.
  3. Goreng ayam tersebut dengan minyak panas sampai separuh masak
  4. Cairkan mentega/marjerin dengan api kecil, lepas tu masukkan daun kari, gula dan cili padi. Sambil mengacau.
  5. Bila mula berbuih, masukkan ayam tadi dan masak sehingga ayam kuning keemasan.
  6. Kecilkan api dan campur susu cari ke dalam adunan tadi. Secukup rasa. Jika nak berkuah boleh letak lebih sikit. Terus kacau. Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan Siap!

Phone/WhatsApp: 010-7015221, 03-77316383

Edited and shared from Mohammad Chow Facebook page.