BERAS pulut berwarna ungu diletakkan sebahagian di atas campuran inti tadi untuk menutupnya.

BERAS pulut berwarna ungu diletakkan sebahagian di atas campuran inti tadi untuk menutupnya.

KEMUDIAN masukkan beras pulut biasa sebelum letak inti campuran ayam dan cendawan.

KEMUDIAN masukkan beras pulut biasa sebelum letak inti campuran ayam dan cendawan.

PROSES untuk membuat kuih chang dimulakan dengan membentuk daun buluh seperti  kon terlebih dulu.

PROSES untuk membuat kuih chang dimulakan dengan membentuk daun buluh seperti kon terlebih dulu.

MARZUKI menunjukkan beras pulut biasa dan ungu yang diisi dalam daun buluh sebelum dibentuk segi tiga bagi menghasilkan kuih chang.

MARZUKI menunjukkan beras pulut biasa dan ungu yang diisi dalam daun buluh sebelum dibentuk segi tiga bagi menghasilkan kuih chang.

Melaka: Bergelar Muslim sejak empat tahun lalu langsung tidak menghakis identiti Marzuki Phang, 39, dan kini dia cuba mempopularkan makanan masyarakatnya dengan memasarkan kuih chang halal kepada orang ramai.

Marzuki berazam mahu menjadikan kuih berkenaan sebagai makanan orang Malaysia sama seperti mi wantan yang digemari ramai.

Berkaitan kuih chang, Marzuki berkata, ia boleh dianggap sama seperti ketupat daun palas yang popular dalam kalangan orang Melayu, cuma bezanya ialah daripada aspek pembungkusan, saiz, resipi dan bahan asalnya.

Menurut Marzuki, kuih chang agak asing dalam kalangan orang Melayu berikutan makanan dihasilkan daripada beras pulut itu biasanya menggunakan inti diperbuat daripada bahan tidak halal.

“Saya belajar cara menghasilkan kuih chang daripada kenalan selama empat bulan dan bersyukur kerana usaha ini berhasil. Saya mula memasarkan kuih chang halal ke seluruh negeri ini sejak Jun lalu.

“Pada awalnya, jualan tidak begitu memberangsangkan kerana kurang popular dalam kalangan masyarakat Melayu, malah ada yang was-was untuk memakannya kerana risau ia dihasilkan menggunakan bahan tidak halal.

“Namun selepas diberi penjelasan mengenai intinya dan memaklumkan saya juga seorang Muslim, jumlah pelanggan meningkat. Ia saya anggap sebagai rezeki Allah SWT selepas berhenti kerja di sebuah syarikat pembekal minuman ringan,” katanya ketika ditemui di Taman Pandan Mawar, di sini, kelmarin.

Menurut Marzuki, berikutan masih baru, dia mempromosikan kuih itu menerusi laman sosial Facebook (FB) dan melakukan penghantaran dari rumah ke rumah ke semua daerah di negeri ini termasuk hingga ke Jasin.

Katanya, setiap bungkus kuih chang dijual pada harga RM5 dan setiap hari, dia menerima antara 20 hingga 30 tempahan daripada pelanggan tetap termasuk masyarakat Melayu.

“Banyak dugaan yang saya tempuhi dalam perniagaan terutama mahu meyakinkan serta mengubah persepsi pelanggan. Saya berazam mahu jadikan kuih chang sebagai makanan orang Malaysia.

“Ketika ini, kuih chang dipasarkan menggunakan inti ayam dengan campuran cendawan. Saya bercadang mempelbagaikan lagi inti termasuk menggunakan kacang merah dan rendang. Selain mencari rezeki halal, ini cara saya memperkenalkan makanan masyarakat Tionghua kepada orang ramai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 9:15 AM

Shared from Harian Metro – Ketupat Cina